Friday 1 May 2015

SMV AZIZAH, JB

Waktu form 3 dulu, 🏫 lepas habis PMR semua pakat nak masuk asrama, nak ambil course gempak-gempak pastu nak lari dari rumah 🏠 kononnya tapi padahal semua apply 💻 Sek. Tek/Vok dekat-dekat. Ain je yang betul-betul nak lari rumah, apply kat JB ✈ and satu course je yang Ain apply. Sebelum apply tu jumpa cikgu Hanizah then cikgu bagitahu course apa yang bagus dan sesuai. Tanya Mama, mama kata "okay 👌". Course yang Ain minat tu cuma ada kat Utara, Selatan dan Semenanjung. ✈🚃🚅Masa tu Along and Angah belaja kat Utara, punyalah belagak tak nak one way dengan tempat belajar diorang, Ain pun pilihlah Selatan. Course yang Ain minat tu, Perkembangan & Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak 👶 pastu kawan-kawan gelakkan Ain, cakap course Ain ambil macam budak-budak. sampai ada yang kata "tak hapeh-hapeh", "tak de masa depan", "jadi pengasuh", "cuci berak jelah", "jadi cikgu tadika jelah". dalam hati ni "macamlah awak penentu takdir manusia". Bila Ain dapat tawaran temuduga nak masuk Sek. ERT Azizah, Mama orang yang paling gembira, semangat nak suruh Abah hantar pergi JB. Alhamdulillah, Ain dapat masuk Azizah, dan berjaya melarikan diri dari belajar subjek AddMath. Kemain payah nak masuk Azizah siap kena temuduga lagi. Bila dah belajar course tu memang best and Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya dan memberi Anugerah Pelajar terbaik Subjek Perkembangan Kanak-kanak 2012/2013  . Sekarang Ain still sambung course 🎓Dip. Early Childhood Education, Alhamdulillah bertambah senang bila sambung course yang sama. Untuk menjadi seorang yang bergelar Pendidik bukanlah mudah dan rumit, kerana bukan senang untuk kita nak mendidik seseorang dan sedarlah bahawa "seorang guru itulah yang telah membantu anda menjadi seorang manusia yang berjaya selain ibu bapa kita"  Happy Teachers day especially to Mama Abah, Cikgu Tadika, Cikgu Sek. Ren/Men, Cikgu Azizah, Lecturer Kpakk and Happy 2nd Teacher day to Me. 🙌 xoxo

No comments:

Post a Comment